Astaghfirullahal’aziim… Lambang CAPAL di mihran imam…

Astaghfirullahal’aziim… Lambang CAPAL di mihran imam…
Astaghfirullahal’aziim… Lambang CAPAL di mihran imam…

Dari muka tangga, Capal perlahan-lahan mengengsot masuk ke ruang solat utama, di depan imam. Tak sampai sepuluh tahun pun evolusinya di Malaysia. Inilah yang kita b1mbangi selama ini. Yang tiada, diadakan. Kemudian, yang ada itu, dipuja-puja sebagai agama.

Kau kata Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Tiba-tiba kau letak capal yang duduk di kaki sebagai lambangnya? Berapa kali orang nak cakap, Islam tiada lambang. Tak faham-faham?!  Meletakkan logo atau replika capal di arah kiblat adalah perbuatan salah dan dibimbangi menyumbang salah faham masyarakat.

Ia hasil dari sikap melampau memuliakan Nabi SAW. Tindakan ini patut dicegah dan dinasihati.  Demikian juga menghukum kafir dengan hanya kerana solat menghadap capal adalah sikap melampau dari pihak tertentu yang wajib dicegah dan dinasihati juga.

Sumber; Sahul HM Al-Rawbari & Bin Sahak